Untuk pemilik dojang

Sistem Pengurusan Dojang (SPD)

Urus pelajar, kelas dan kehadiran semua cawangan dojang anda, terus dari telefon. Ibu bapa mendaftar sendiri; anda fokus kepada latihan.

Apa yang anda dapat

  • Pendaftaran pelajar dalam talian

    Sedia ada

    Ibu bapa mendaftar sendiri melalui pautan WhatsApp. Anda luluskan dengan satu klik.

  • Rekod pelajar dan tali pinggang

    Sedia ada

    Profil, hubungan kecemasan, maklumat kesihatan dan sejarah tali pinggang.

  • Jadual kelas

    Sedia ada

    Kelas mengikut cawangan, tahap dan umur, dengan jadual awam untuk ibu bapa.

  • Kehadiran dari telefon

    Sedia ada

    Jurulatih tanda hadir dalam beberapa saat. Amaran jika pelajar tidak hadir 3 kali berturut-turut.

  • Cawangan dan staf

    Sedia ada

    Tambah cawangan, ketua cawangan dan jurulatih. Setiap orang hanya nampak apa yang perlu.

  • Halaman dojang dan logo

    Sedia ada

    Halaman awam dengan cawangan, jadual dan butang daftar, berserta logo dojang anda.

  • Yuran dan resit

    Sedia ada

    Invois bulanan, bayaran QR DuitNow, semakan resit dan peringatan tertunggak.

  • Ujian tali pinggang dan portal ibu bapa

    Sedia ada

    Senarai layak ujian, keputusan dan sijil, serta portal untuk ibu bapa.

Lihat sistem

Ketua cawangan

Papan Pemuka

Pendaftaran baru dan kutipan yuran bulan ini, sekali pandang.

Cara ia berfungsi

  1. 1

    Hantar permohonan

    Isi borang di bawah dengan maklumat dojang anda.

  2. 2

    Kami hubungi anda

    Kami sahkan pelan yang sesuai dan cara bayaran.

  3. 3

    Akaun dojang disediakan

    Kami daftarkan dojang anda dan cawangan pertama.

  4. 4

    Log masuk sebagai pemilik

    Daftar akaun dengan e-mel yang sama, atau Teruskan dengan Google.

  5. 5

    Sediakan dojang

    Tambah cawangan, staf dan kelas, dan muat naik logo.

  6. 6

    Kongsi pautan pendaftaran

    Hantar pautan kepada ibu bapa melalui WhatsApp. Pendaftaran masuk terus ke sistem.

Pelan dan harga

  • Asas

    RM 100.00 / bulan

    • Sehingga 5 cawangan
    • Sehingga 80 pelajar
    • Semua ciri yang sedia ada
    • Staf dan jurulatih tanpa had
  • Standard

    Paling popular

    RM 250.00 / bulan

    • Sehingga 10 cawangan
    • Sehingga 250 pelajar
    • Semua ciri yang sedia ada
    • Staf dan jurulatih tanpa had
  • Pro

    RM 350.00 / bulan

    • Cawangan tanpa had
    • Pelajar tanpa had
    • Semua ciri yang sedia ada
    • Staf dan jurulatih tanpa had

Had pelajar dikira untuk seluruh dojang (semua cawangan): pelajar aktif, menunggu kelulusan dan cuti sementara. Pelajar yang berhenti tidak dikira.

Yuran persediaan pilihan untuk import data dari Excel dan latihan staf boleh dibincangkan.

Langganan dan bayaran

  • Bayaran bulanan

    Bayar setiap bulan atau untuk 3, 6 atau 12 bulan sekali gus melalui pindahan bank.

  • Peringatan awal

    Anda diingatkan 2 minggu sebelum langganan tamat, dan tarikh tamat dipaparkan dalam sistem.

  • Data anda selamat

    Jika akaun digantung, data tidak dipadam dan kembali sebaik sahaja langganan diaktifkan semula.

  • Privasi (PDPA)

    Persetujuan ibu bapa direkod semasa pendaftaran, dan maklumat kesihatan hanya dilihat oleh jurulatih dan ketua cawangan.

Soalan lazim

Adakah ibu bapa perlu memuat turun aplikasi atau membuat akaun?

Tidak. Ibu bapa hanya buka pautan pendaftaran dari WhatsApp dan isi borang di telefon.

Bagaimana had pelajar dikira?

Had dikira untuk seluruh dojang, bukan setiap cawangan. Contohnya pelan Standard (250 pelajar): cawangan A 200 dan cawangan B 50 dibenarkan. Pelajar aktif, menunggu kelulusan dan cuti sementara dikira; pelajar yang berhenti tidak dikira.

Apa berlaku jika dojang melebihi had?

Tiada data dipadam. Cuma cawangan dan pelajar baru disekat sehingga bilangan kembali dalam had, atau pelan dinaik taraf.

Bolehkah saya tukar pelan?

Boleh, bila-bila masa. Naik taraf berkuat kuasa serta-merta selepas disahkan.

Siapa yang boleh melihat data pelajar?

Hanya staf dojang anda. Ketua cawangan nampak cawangan mereka, jurulatih nampak cawangan yang mereka ajar. Data setiap dojang diasingkan sepenuhnya.

Apa berlaku jika langganan tamat?

Anda akan diingatkan 2 minggu sebelum tamat. Jika belum dibayar, akaun boleh digantung sementara. Data disimpan dan akaun diaktifkan semula selepas bayaran.

Mohon langganan

Hantar maklumat dojang anda dan kami akan menghubungi anda. Atau e-mel kami di a.naquib5@gmail.com.

Maklumat yang anda hantar diproses seperti dalam Notis Privasi.

Hubungi kami

Ada soalan tentang pelan, harga atau cara sistem berfungsi? Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau demo.